Selamat Datang

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


16 Mei 2010; Kira-kira 400,000 guru di seluruh negara menyambut hari guru. Tema 'Guru Pembina Negara Bangsa' menyemarakkan lagi semangat guru untuk memberi khidmat dalam meneruskan cita-cita negara untuk mencapai negara maju tahun 2020 ini. SMK. Kuala Telemong turut sama menyambut hari guru dan untuk itu Kelab Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh En.Suhairi telah merancang berbagai acara untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Menurut beliau, perhimpunan pagi dengan bacaan perutusan oleh En. Amry, Penolong Kanan Pentadbiran diikuti En.Azman, PK.HEM dan seterusnya perasmian oleh Tn.Hj.Rasid Ngah, Pengetua SMK.Kuala Telemong. Guru-guru juga turut menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru "Guru Pembina Negara Bangsa" seterusnya bacaan ikrar diketuai oleh En.Nordin Zakaria, Guru kanan Sains. Seterusnya pelajar turut sama menghiburkan guru dengan beberapa acara pentas seperti forum, nyanyian dan deklamasi sajak.

Monday, May 10, 2010

Sambutan Mauludirasul

SMKKT, 9 Mac 2010; Sambutan Mauludirasul telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong. Sambutan yang diadakan agak sederhana tetapi meriah dengan beberapa acara yang telah dirancang oleh Unit Dakwah dan Panitia Agama sekolah. Semua guru dan pelajar diwajibkan berpakaian baju melayu pada hari tersebut. Berbagai ragam dapat dilihat pada sambutan itu . Pelajar dan guru juga berselawat sambil berarak mengelilingi kawasan sekolah dengan sepanduk mengikut rumah sukan.

Sunday, May 9, 2010

English Day


Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang

SMKKT, 20 April 2010; 'English Club of SMKKT' telah mengadakan 'English Day' peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti disediakan untuk guru dan pelajar bagi memeriahkan lagi program ini.
Menurut kata guru penasihat Kelab Bahasa Inggeris, Hjh.Siti Normala Mohamad, antara aktiviti yang disediakan untuk guru ialah Word Games dan untuk pelajar pula antara aktivitinya seperti Poster Competition, Quiz dan Puzzles. Penyertaan dari kalangan pelajar amat menggalakkan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah sama-sama menjayakan program ini dan berharap di masa akan datang program ini dapat diadakan lagi.

Johan Tilawah Daerah Hulu Terengganu

Pelajar dari Tingkatan 5, SMK.Kuala Telemong, Tuan Fatimah Maidah binti Mohamad telah mendapat Johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan di SMK.Tg.Ampuan Intan pada 6 hingga 8 Mei yang lepas dan telah terpilih mewakili daerah ke Pertandingan Peringkat Negeri. Tuan Pengetua, Hj.Rasid Ngah menyampaikan hadiah yang telah dimenangi oleh beliau pada perhimpunan pagi Ahad di SMK.Kuala Telemong.Tahniah diucapkan, semoga berjaya di peringkat negeri.