Selamat Datang

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS PEMUAFAKATAN AKADEMIK 2010

8 Julai 2010; Majlis Pemuafakatan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut diadakan bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, Tn.Hj.Rasid Ngah, diikuti dengan ucapan YDP Persatuan Ibubapa dan Guru, En.Saidi Mat Amin.
Kemudian ibubapa yang hadir dihidangkan dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr.Hashim Azmi bin Hj. Che Nuh, KPP Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu. Ceramah beliau yang bertajuk 'Kecaknaan Ibubapa Menjana Kecemerlangan Pelajar' telah menarik minat ibubapa yang hadir.
Perjumpaan antara ibubapa bersama guru kelas diteruskan selepas itu. Ibubapa mengambil peluang untuk bertanya mengenai anak-anak termasuk hal disiplin pelajar. Ibubapa amat berpuashati dengan penerangan yang disampaikan oleh guru dan berharap program seperti ini diadakan lagi di masa-masa akan datang. Banyak maklumat yang dapat diterima terutama mengenai anak-anak mereka.