Selamat Datang

Monday, September 6, 2010

UPSR dan PMR, apakah akan dikekalkan?

Peperiksaan awam UPSR dan PMR akan diputuskan sama ada dikekalkan atau ditiadakan selepas hari raya nanti. Menurut kata Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ,satu perbincangan meja bulat akan diadakan bagi membuat keputusan mengenai peperiksaan ini sama ada akan diadakan atau ditamatkan. Segala aspek akan dibincangkan dengan teliti sebelum membuat keputusan. Semoga apa saja keputusan yang akan dibuat adalah mengambil kira tentang masa depan anak-anak kita.

Sunday, August 15, 2010

TADARUS AL-QURAN

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubharak ini, Badan Dakwah SMKKT di pengerusikan oleh YM Syed Shukran bin Syed Mustaffa telah mengadakan program Tadarus Al-Quran. Beberapa orang ustaz dan ustazah dipilih sebagai Naqib dan Naqibah untuk melancarkan lagi program ini. Naqib dan Naqibah memilih dikalangan pelajar dan membaca Al-Quran mengikut juzuk-juzuk dan ayat yang telah ditetapkan. Program ini berterusan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Sunday, August 1, 2010

PENGUASAAN GURU DALAM ICT DIUTAMAKAN - TPM

Petikan dari Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM bertarikh pada 14 Januari 2010, Khamis.

LONDON - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan malalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Menurutnya kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.
"Makmal komputer juga dibina di 6633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3029 sekolah luar bandar," katanya.
seterusnya di http://www.moe.gov.my/bpk/index2.php?option=com

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS PEMUAFAKATAN AKADEMIK 2010

8 Julai 2010; Majlis Pemuafakatan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut diadakan bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, Tn.Hj.Rasid Ngah, diikuti dengan ucapan YDP Persatuan Ibubapa dan Guru, En.Saidi Mat Amin.
Kemudian ibubapa yang hadir dihidangkan dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr.Hashim Azmi bin Hj. Che Nuh, KPP Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu. Ceramah beliau yang bertajuk 'Kecaknaan Ibubapa Menjana Kecemerlangan Pelajar' telah menarik minat ibubapa yang hadir.
Perjumpaan antara ibubapa bersama guru kelas diteruskan selepas itu. Ibubapa mengambil peluang untuk bertanya mengenai anak-anak termasuk hal disiplin pelajar. Ibubapa amat berpuashati dengan penerangan yang disampaikan oleh guru dan berharap program seperti ini diadakan lagi di masa-masa akan datang. Banyak maklumat yang dapat diterima terutama mengenai anak-anak mereka.

Wednesday, June 30, 2010

Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2010

SMK.Kuala Telemong; 1 Julai 2010: Sambutan Hari koperasi telah diadakan pada peringkat SMK.Kuala Telemong. Majlis perasmian diadakan di dataran perhimpunan sekolah bermula pukul 7.30 pagi oleh Pengetua, Tn.Hj.Rasid Ngah.
Pada majlis ini juga, beberapa orang pelajar telah terpilih sebagai pengguna koperasi yang setia dan menerima hadiah daripada koperasi sekolah. Nyanyian lagu koperasi dan perutusan juga disampaikan dalam majlis ini. Seterusnya, acara lain yang diadakan pada sambutan ini adalah seperti pameran oleh PTPL, gerai jualan dan pertandingan yang disertai oleh pelajar. Sambutan ini akan berterusan sehingga pukul 5.oo petang. Ibubapa pelajar juga dijemput sama menyertai acara yang telah diadakan ini.
Guru Koperasi sekolah, Pn.Fatimah Mohamad berkata, sambutan Hari Koperasi Peringkat sekolah diadakan pada setiap tahun tetapi pada tahun ini sambutannya lebih besar dan lama iaitu sehingga waktu petang. Sambutan pelajar juga agak memberansangkan dengan hasil jualan dari setiap gerai bertambah. Beliau juga berharap pada tahun-tahun akan datang, sambutan seperti ini dapat diteruskan. Cadangan beliau disokong oleh Cik NorAzila Mohamad, setiausaha koperasi sekolah dan berharap lebih banyak aktiviti diadakan untuk pelajar dan juga guru.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


16 Mei 2010; Kira-kira 400,000 guru di seluruh negara menyambut hari guru. Tema 'Guru Pembina Negara Bangsa' menyemarakkan lagi semangat guru untuk memberi khidmat dalam meneruskan cita-cita negara untuk mencapai negara maju tahun 2020 ini. SMK. Kuala Telemong turut sama menyambut hari guru dan untuk itu Kelab Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh En.Suhairi telah merancang berbagai acara untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Menurut beliau, perhimpunan pagi dengan bacaan perutusan oleh En. Amry, Penolong Kanan Pentadbiran diikuti En.Azman, PK.HEM dan seterusnya perasmian oleh Tn.Hj.Rasid Ngah, Pengetua SMK.Kuala Telemong. Guru-guru juga turut menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru "Guru Pembina Negara Bangsa" seterusnya bacaan ikrar diketuai oleh En.Nordin Zakaria, Guru kanan Sains. Seterusnya pelajar turut sama menghiburkan guru dengan beberapa acara pentas seperti forum, nyanyian dan deklamasi sajak.

Monday, May 10, 2010

Sambutan Mauludirasul

SMKKT, 9 Mac 2010; Sambutan Mauludirasul telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong. Sambutan yang diadakan agak sederhana tetapi meriah dengan beberapa acara yang telah dirancang oleh Unit Dakwah dan Panitia Agama sekolah. Semua guru dan pelajar diwajibkan berpakaian baju melayu pada hari tersebut. Berbagai ragam dapat dilihat pada sambutan itu . Pelajar dan guru juga berselawat sambil berarak mengelilingi kawasan sekolah dengan sepanduk mengikut rumah sukan.